Indah khabar dari rupa, gadis luah rasa kecewa terima baju raya tanpa kain dari 'seller'

Beberapa minggu lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri, meskipun kemeriahan tidak lagi dirasai seperti tahun lalu susulan makluman rentas negeri tidak dibenarkan namun rutin raya masih seperti biasa iaitu membuat persiapan bagi menyambut perayaan tersebut dengan membeli baju raya atau langsir, membuat tempahan biskut dan sebagainya.

Sudah menjadi lumrah membeli baju raya yang baru untuk dipakai di pagi raya dan seiring dengan perkara itu sudah semakin kerap juga kita dengar tentang pembeli yang ditipu oleh peniaga ketika berurusan secara atas talian ini apabila kebanyakannya akan senyap selepas bayaran dibuat dan tak kurang juga yang memberi servis yang tidak menepati piawaian.

Luahan pembeli 'online'

Seorang warga Tiktok telah berkongsi kisah yang terjadi kepadanya bukan sahaja barang lambat sampai tetapi cara membungkus pakaian tersebut juga 'asal boleh' dan apa yang lebih mengejutkan apabila dua set baju dibeli tidak disertakan dengan kain.

 

Meninjau ke ruangan komen pula, nyata ramai pembeli juga pernah alami pengalaman yang sama ketika membeli secara dalam talian sehingga menyebabkan ada yang trauma dan lebih memilih untuk beli secara terus di butik dan sebagainya.

 

'Indah khabar dari rupa'

 

'Dah pernah kena'

'Sedihnya'

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen