Kongsi gambar 'baby', Tasha Shila umum selamat lahirkan anak lelaki

Sejak mengumumkan kehamilannya, selebrti ini mula memperlahankan kariernya dalam bidang lakonan namun, masih aktif berkongsi aktiviti hariannya di media sosial buat para peminat yang ingin mengetahui keadaan semasanya.

Selamat bersalin

Terbaharu, pemilik nama Natasha Shiela atau lebih mesra dikenali sebagai Tasha Shila telah memuat naik gambar sekaligus mengkhabarkan bahawa dia telah pun selamat melahirkan  anak sulungnya pada 12 Ramadan bersamaan dengan hari Sabtu lalu.

Dalam kapsyennya, Tasha mengucapkan rasa syukur serta berterima kasih kepada yang mendoakan kesihatan dirinya dan keluarga dan tak lupa juga yang telah memudahkan proses bersalinnya.

'Alhamdulillah, syukur'

Tahniah

Selamat Berpantang

Terdahulu, Tasha Shila telah berkahwin pada 28 Februari tahun lalu bersama dengan pasangannya Muhammad Atiq Idris dan telah mengumumkan kehamilannya juga pada tahun yang sama namun beberapa bulan selepas mendirikan rumah tangga.

Tahniah diucapkan buat kedua-dua pasangan ini atas kelahiran putera sulung mereka.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen