Akibat langgar lampu merah, wanita maut dan 4 kenderaan remuk dirempuh Toyota Hilux

Jumlah kemalangan jalan raya terus meningkat dari hari ke hari yang berpunca daripada pengguna jalan raya yang selalu pentingkan diri sendiri dengan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

Melibatkan 6 kenderaan

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, satu kemalangan ngeri telah dilaporkan hari ini yang melibatkan enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Temenggong Ahmad.

Selain itu, dalam kejadian itu seorang wanita yang membawa Myvi dipercayai maut dalam nahas tersebut apabila kereta miliknya dirempuh oleh Toyota Hilux yang dikatakan menjadi punca kemalangan tersebut kerana didapati melanggar lampu isyarat serta membawa dalam keadaan melebihi had laju.

Wanita maut akibat cedera parah

Menurut Ketua Polis Daerah Muar iaitu Asisten Komisionel Zaharudin Rasip memaklumkan bahawa kejadian yang berlaku sekitar 7.46 pagi itu, mangsa yang bernama Norain Abu Samah telah meninggal dunia akibat parah pada anggota badan.

"Sementara, anak Norain iaitu Nur Nabila Alisha Mohd Zalisham yang berada di tempat duduk penumpang hadapan parah manakal 14 mangsa lain tidak mengalami kecederaan."

"Siasatan awal mendapati Toyota Hilux yang dipandu Gui Chui dari arah Parit Jawa menghala ke pusat bandar Muar memandu dengan kelajuan yang tinggi.

"Dia juga tidak berhenti ketika lampu isyarat merah sebelum melanggar kereta Perodua Myvi yang baru bergerak selepas lampu hijau."

-Zaharudin Rasip-

Tambahnya, akibat kemalangan itu Toyota Hilux terbabas dan masuk ke laluan bertentangan serta melanggar empat lagi kenderaan lain.

Bagaimanapun, sampel darah dan air kencing pemandu Toyota Hilux telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk saringan alkohol dan dadah.

Rakaman kejadian

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen