Kru kapal selam sempat dendang lagu 'Sampai Jumpa', seakan tinggalkan pesanan terakhir

Oleh: Zuzu Yasmine

Kejadian yang menimpa kru kapal selam KRI Nanggala 402 milik Tentera Laut Indonesia tentunya satu khabar duka buat seluruh rakyat Indonesia serta Malaysia yang mengharapkan keajaiban berlaku.

Meskipun telah disahkan bahawa kapal selam tersebut tenggelam bersama 53 krunya, pastinya masih ada lagi pengharapan dalam hati keluarga mangsa.

Baru-baru ini, tular pula sebuah video memperlihatkan kru kapal selam tersebut berkumpul sambil menyanyikan lagu berjudul ‘Sampai Jumpa’ beramai-ramai.

Nyanyian dari isi hati

Video penuh rasa sebak itu dikongsikan oleh pelantun lagu berkenaan, Erix Soekamti menerusi Instagram miliknya.

Berdasarkan video yang tular itu, dapat dilihat salah seorang kru sedang bermain gitar sementara rakan-rakan lain menyanyikan lagu tersebut sewaktu berada dalam perut kapal selam berkenaan.

Jika dihayati, setiap bait lagu berkenaan seperti membawa satu maksud begitu mendalam tentang keadaan mereka.

“Datang akan pergi

Lewat ‘kan berlalu

Ada ‘kan tiada bertemu akan berpisah

Awal ‘kan berakhir

Terbit ‘kan tenggelam

Pasang akan surut bertemu akan berpisah

Hey, sampai jumpa di lain hari

Untuk kita bertemu lagi

Kurelakan dirimu pergi

Meskipun ku tak siap untuk merindu

Ku tak siap tanpa dirimu

Kuharap terbaik untukmu”

Pesanan terakhir

Malah, lagu tersebut juga seolah-olah pesanan terakhir buat ahli keluarga dari setiap kru yang menanti kepulangan mereka dengan selamat.

Sehubungan dengan itu, turut tular akan video yang memperlihatkan setiap kru memegang ayat-ayat daripada lagu tersebut.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak saat menghayati lagu tersebut serta reaksi gembira setiap kru kapal selam berkenaan.

Selain turut mendoakan kesejahteraan mereka semua serta masih mengharapkan satu keajaiban yang mungkin berlaku.

Sebelum ini, media Indonesia melaporkan Kapal Selam KRI Nanggala yang membawa seramai 53 kru telah hilang pada 21 April 2021 dan ditemui dalam kedalaman 859 meter di dasar laut dipercayai mengalami keretakan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen