Galak bersesak di bazar Aidilfitri, rakyat tak jaga SOP tunjuk tanda protes?

Oleh: Zuzu Yasmine

Sedar tak sedar tinggal beberapa minggu lagi, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pastinya ketika ini pelbagai persiapan sedang sibuk dilakukan meskipun sedang berlawan dengan wabak Covid-19.

Sanggup beratur panjang

Bagaimanapun, tular beberapa foto dan video di media sosial mengenai keadaan semasa orang awam yang sanggup bersesak-sesak di bazar Aidilfitri tanpa menjaga prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan.

Perkara tersebut menjadi satu keresahan kepada warganet yang mengharapkan dapat pulang ke kampung halaman pada raya ini sekaligus bimbang sekiranya kes Covid-19 kembali meningkat.

Bersesak-sesak tak jaga jarak

Menerusi satu video dimuat naik di Twitter, memaparkan keadaan dan kesesakan di sebuah bazar Aidilfitri yang sememangnya membimbangkan.

Dalam video tersebut dapat dilihat setiap pengunjung tidak menjaga jarak malah ada juga yang membawa anak kecil di kawasan sesak tersebut.

Rakyat dah penat ikut SOP?

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata berharap agar tidak tercetus kluster baru di tempat tersebut selain turut kecewa tindakan mereka yang mungkin menghalang rentas negeri dari berlaku.

Walau bagaimanapun, netizen juga menganggap bahawa rakyat sudah penat mengikuti SOP ditetapkan dan kini sedang mula protes yang mungkin memakan diri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen