3 kali panggilan putus di bacaan sama, ibu harap adik Lutfi tenang & jadikan kenangan

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagi menyemarakkan bulan Ramadan yang mulia ini, program Geng Ngaji di Astro Oasis kembali menemui para penonton di kaca televisyen.

Program penuh bermanfaat ini telah membawa Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin, dan Juara  Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa, Farhatul Farizurah bagi bersama-sama para penelefon mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran.

Panggilan terputus 3 kali ketika 'live'

Bagaimanapun, satu insiden lucu berlaku terhadap seorang penelefon cilik ketika rancangan tersebut bersiaran secara langsung di kaca televisyen sehingga masing-masing tidak dapat menahan gelak.

Difahamkan perkara tersebut berlaku secara tidak sengaja apabila kanak-kanak bernama Lutfi itu menelefon mereka di studio dan ketika mahu memulakan bacaan ayat suci al-Quran, panggilannya terputus.

Apa yang menarik perhatian lagi, panggilan telefon adik Lutfi itu terputus sampai tiga kali di tempat bacaan yang sama.

Perkara tersebut telah tular di laman Twitter yang rata-rata kasihan melihat usaha kanak-kanak tersebut namun, pada masa yang sama tidak mampu menahan gelak akan kebetulan berlaku sebanyak tiga kali itu.

Sedih tak dapat teruskan

Perkara tersebut juga dikongsikan oleh Rohaya Mahat ibu kanak-kanak itu di Instagram miliknya dengan meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat meneruskan bacaan namun percaya ada hikmah disebaliknya.

“Petang khamis 10 Ramadhan. Sedih tak dapat teruskan tapi tak apa mungkin ada hikmah Allah nak bagi pada Muhammad Lutfi Rabbani. Doakan hari isnin masuk pertandingan hafazan, moga Lutfi tenang. Simpan sini untuk kenangan Ramadhan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sehubungan dengan itu, ibu kanak-kanak itu juga kerap berkongsi kenangan adik Lutfi dalam mengalunkan ayat suci al-Quran ketika bertadarus sempena bulan Ramadan serta ketika mengikuti pertandingan hafazan tahun lalu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen