Dah biasa guna 'aku-mung', panggilan antara suami isteri ini dipertikai terlalu kasar

Bagi pasangan yang sedang bercinta ataupun sudah berumah tangga, mereka pasti akan ada satu panggilan manja yang digunakan antara pasangan sebagai bukti atau tanda bahawa 'dia' lah insan yang paling istimewa dalam hidup kita seperti sayang, baby, bie, saya atau awak.

Pun begitu, memang tak dinafikan bahawa ada juga pasangan yang tidak menggunakan mana-mana panggilan di atas dalam berkomunikasi kerana lebih selesa menggunakan aku, kau atau panggilan seperti kawan biasa sehingga orang lain akan menyangka mereka adalah kawan atau adik beradik tetapi hakikatnya mereka adalah pasangan kekasih atau suami isteri.

Panggilan 'aku-mung' dipertikai

Begitulah yang dilalui oleh pasangan daripada pantai timur ini apabila ada segelintir warganet yang kurang menyenangi panggilan yang digunakan antara mereka dalam berkomunikasi.

 

Pasangan ini menggunakan 'aku-mung' sebagai panggilan antara suami isteri. Kedengaran macam kasar tetapi mereka juga akui bahawa tak terasa hati pun dengan panggilan tersebut kerana sudah terbiasa dan memandangkan mereka berasal daripada negeri pantai timur nyata panggilan seperti itu adalah normal. 

 

'Doa dengan Allah pun guna aku kau'

 

'Orang pantai timur dah biasa'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen