Berbulan lawan kanser, suami sebak isteri 'pergi' saat usia perkahwinan 4 bulan

Perancangan Allah untuk setiap hambanya tidak sesiapa pun tahu namun, sebagai manusia biasa apa yang kita boleh lakukan adalah sentiasa berdoa dan percaya bahawa Allah sudah mempersiapkan semua yang terbaik untuk kita.

Pun begitu, bukan setiap hari kita akan lalui kegembiraan dalam hidup ini sebaliknya akan ada masanya kita hadapi kedukaan, kekecewaan sehingga menyebabkan kita hampir putus harapan lebih-lebih lagi apabila kehilangan orang yang paling bermakna dalam hidup kita. 

'Tamat segala penderitaan...'

Namun, menerusi kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Haniff dapat memberi sedikit kekuatan buat mereka yang juga pernah merasai kehilangan insang tersayang dalam hidup.

Isteri Mohamad Hanff Azizan telah meninggal dunia kerana menghidap sakit kanser dan apa yang lebih memilukan adalah apabila isterinya pergi di saat usia perkahwinan mereka baru memasuki 4 bulan.

 

Moga diberi kekuatan

Tak siapa tahu perasaannya ketika ini, namun dalam muat naik 'posting' di Facebook miliknya Hanif ada meminta agar dia serta ahli keluarganya diberikan kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang bakal mendatang.

"Cemburu tengok Allah pilih dia di bulan Ramadhan, semoga Syurga tempat awak sayang, tamat segala penderitaan dan kesakitan dia selama ini."

"Dia isteri yang hebat, untung orang jadi suami dia, nanti orang menyusul nah..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen