Genap usia 7 hari, TokTi umum nama bayi lelaki

Pejam celik, pejam celik sudah 7 hari rupanya usia anakanda penyanyi terkenal tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas beliau selamat melahirkan anak keduanya pada minggu lalu.

Memasuki 7 hari selepas kelahiran, inilah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat yang bukan sahaja ingin melihat wajah comel si bayi malah juga menanti nama yang akan diberikan kepada anakanda keduanya itu.

Nama diambil sempena bulan kelahiran

Terbaharu, pelantun lagu 'Aku Bidadari Syurgamu' itu telah memuat naik gambar anaknya sekaligus memaklumkan kepada umum bahawa mereka sekeluarga sepakat menamakan anakanda keduanya itu dengan nama 'Muhammad Afwa'

 

Jelasnya lagi, nama Afwa diambil sempena bulan kelahirannya iaitu pada bulan Ramadan yang mana pada bulan tersebut merupakan bulan kemampunan dan di dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut Afwa.

'Masya Allah, sedap nama'

'Alhamdulillah, comel sangat'

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen