Layan seperti ibu kandung sendiri, menantu gigih beri kejutan sofa & deko rumah mentua

Oleh: Zuzu Yasmine

Dapat ibu mertua yang baik adalah salah satu rezeki bermakna buat seorang isteri. Mana tidaknya, dilayan seperti anak sendiri dan tidak dianggap seperti orang luar sememangnya sesuatu yang luar biasa.

Seperti ibu mentua dan menantu ini yang bukan sahaja dilihat begitu akrab namun layanan yang mesra sejukkan hati sesiapa melihatnya.

Sofa baru untuk mentua

Menerusi video dimuat naik di TikTok, seorang menantu memberikan satu kejutan yang tak disangka buat ibu mentuanya berikutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Bagaimanapun, ibu mentuanya terlihat sedikit keliru akan kejutan tersebut.

Menurut wanita bernama Syila Faizal itu, dia ingin membahagiakan ibu mentuanya sementara masih hidup dengan keadaan rumah yang lawa dan selesa.

“Sementara dia hidup aku nak dia seronok rumah dia lawa. Aku dapat tengok mak mentua aku tersenyum setiap hari dah cukup,” luahnya.

Walau bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian adalah sofa tersebut tidak dapat masuk ke dalam rumah ibunya disebabkan pintu yang agak kecil.

Hias ruang tamu mentua

Namun, nasib baik sofa tersebut dapat dibawa masuk ke dalam rumah menggunakan pintu dapur. Malah wanita berkenaan juga mengubah susuan perabot dan menghias ruang tamu rumah ibu mentuanya itu, sekaligus mengharapkan warga emas itu gembira.

Bertuah mentua dapat menantu baik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut gembira melihat cara wanita ini membahagiakan ibu mentuanya. Selain turut merasakan suaminya beruntung memiliki dia sebagai isteri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen