Pertama kali dikenakan tindakan, peniaga colek terkilan dikompaun RM50,000

Sudah memasuki minggu kedua umat Islam menyambut bulan Ramadan dan memang tak dinafikan minggu ini merupakan antara minggu yang paling mencabar apabila media sosiap terus memaparkan kes-kes kompaun yang dikenakan terhadap peniaga kecil-kecilan kerana terkilan dengan nilai kompaun diberikan kepada mereka mencecah sehingga ribuan ringgit.

Peniaga colek dikompaun

Terbaharu, seorang lagi peniaga kecil-kecilan yang bernama Mohd Azizi meluahkan rasa kecewa apabila dikenakan kompaun sebanyak RM50 ribu selepas didapati bersalah kerana membuka kedai melebihi waktu yang ditetapkan.

Bagaimanapun, Azizi berkata dia dan isterinya sudahpun menutup kedai pada jam 10 malam, malah sebahagian lampu juga sudah dipadamkan sebelum ketibaan anggota polis tersebut.

Tambahnya lagi hanya lampu bahagian dapur belum dipadamkan kerana mereka sedang mengemas sambil dia menggoreng keropok untuk anak-anak yang belum tidur ketika itu.

"Saya terkejut... tak tahu nak kata apa melihat jumlah yang kami kena bayar. Berniaga di depan rumah ini pun bukan senang, nak dapat RM100 semalam pun susah kerana hanya berniaga kecil-kecilan di kawasan kampung."

-Azizi-

Akui tak mampu bayar

Di samping itu, dia yang hanya bekerja sebagai mekanik akui bahawa tidak mampu  untuk membayar kompaun sejumlah itu walaupun dikurangkan sehingga 80 peratus.

"Dengan jumlah itu, memang kami tak mampu bayar... kalau diberi pengurangan sehingga 80 peratus pun kami takkan mampu bayar."

"Inilah cara kami untuk mencari rezeki menyara hidup kami termasuk lima anak yang masih bersekolah, selain tiga anak saudara."

"Bila kena kompaun macam ini, memang kami agak kecewa kerana ini kali pertama saya dikenakan kompaun tetapi sudah terus kena RM50 ribu."

-Azizi-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen