Nilai kompaun akan diteliti, polis akan panggil semua pemilik premis yang dikompaun

Sejak semalam telah tular kenyataan yang memaklumkan bahawa seorang peniaga burger dikenakan kompaun sebanyak RM50 ribu. Meskipun itu merupakan kesalahan yang berulang namun, pemilik premis terbabit akui bahawa nilai tersebut terlalu banyak untuknya sebagai seorang peniaga kecil-kecilan.

Pemilik premis dipanggil

Susulan perkara tersebut, polis Kelantan akan meneliti dan memanggil semua pemilik premis yang dikenakan kompaun (OKK) untuk menawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan yang yang telah ditetapkan.

Menurut Datuk Shafien Mamat, garis panduan tersebut adalah berdasarka  Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun yang ditetapkan bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta 342 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

"Merujuk kepada kes tular di media sosial melibatkan pemilik gerai burger yang dikenakan kompaun RM50 ribu dan pada masa yang sama, kami juga telah mengeluarkan tiga kompaun terhadap pemilik premis kedai makan termasuk pemilik gerai burger berkenaan."

-Shafien Mamat-

Peringatan telah diberi

Selain itu, Shafien memaklumkan bahawa penguatkuasaan secara berterusan telah dilaksanakan berikutan peningkatan penularan Covid-19 di negeri ini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan di semua daerah di sini.

Tambahnya lagi, sepanjang tempoh pelaksanaan PKP, pihaknya telah mengingatkan penguaktkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di seluruh daerah berkenaan.

"Bagi temph bermula 16 hingga 26 April, sebanyak 127 kompaun dikeluarkan kepada pihak yang tidak mematuhi SOP."

"Kami menerima aduan dan rungutan daripada masyarakat bahawa masih wujud premis perniagaan yang tidak mematuhi SOP dan kedai makan beroperasi melebihi masa ditetepkan."

"Pada 25 April, susulan aduan orang awam, kami juga telah mengeluarkan tujuah kompaun kepada pemilik dan pelanggan premis kedai makan di sekitar Pengkalan Chepa."

-Shafien Mamat-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen