Rumah tertunggak & kereta ditarik, peniaga kedai runcit turut dikompaun RM50,000

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau sebelum ini peniaga burger dan colek dikompaun sebanyak Rm50,000 disebabkan beroperasi melebihi had masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung di Kelantan.

Terbaru, seorang peniaga kedai runcit juga menerima nasib yang sama apabila dikenakan kompaun sebanyak Rm50,000 pada Ahad lalu dengan alasan yang sama.

"Ambillah kedai runcit saya sebagai ganti, memang saya tidak akan mampu untuk membayar kompaun sebanyak RM50,000,” luah Mansah Marjurin.

Hanya buka pintu kecil

Menurut peniaga kedai runcit berusia 47 tahun itu, dia sememangnya tiada kemampuan untuk membayar kompaun kerana bayaran rumah juga sudah tertunggak tujuh bulan selain sebuah kereta ditarik oleh pihak bank sejak PKP.

Imbas balik kejadian pada malam itu, dia didatangi empat anggota polis kira-kira jam 11.40 malam namun, premis kedai runcit miliknya sudah ditutup dan hanya pintu kecil tidak berkunci kerana ketika itu ada saudara datang berkunjung.

"Memang saya sudah menutup kedai dengan keseluruhan pintu sudah dikunci, namun jam 10 malam saudara isteri datang berkunjung di kedai dan ketika itu kami sedang berborak di dalam kedai.

"Pintu kecil pula dibuka kerana ada anak kecil yang keluar masuk, bukannya untuk pelanggan. Selepas itu saya terkejut apabila anggota polis datang dan bertanyakan kenapa kedai masih beroperasi.

"Saya sudah menjelaskan dengan menunjukkan pintu gril yang ditutup namun tetap disaman dengan jumlah RM50,000," katanya.

Memang tak mampu bayar

Bapa kepada tiga anak berusia tiga hingga sembilan tahun itu mengakui sangat terkejut melihat jumlah kompaun yang dikenakan kerana pendapatan mereka sekeluarga hanya bergantung kepada jualan kedai runcit dan isteri juga tidak bekerja.

"Sejak malam itu, saya buntu dan tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan. Saya juga belum membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah kerana masih dalam suasana terkejut. Mungkin hari ini baru saya pergi membuat rayuan.

"Jika diminta bayar, memang saya tidak mampu, ambillah kedai runcit saya sebagai ganti," katanya yang tinggal di Taman Tanjung Mas.

Dia yang berasal dari Bukit Tinggi, Klang berharap ada pihak tampil membantunya selain membantu dua peniaga lain yang dikenakan jumlah kompaun sama.

Akan dipanggil semula

Sehubungan dengan itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat memaklumkan, pihaknya mengambil pendekatan untuk meneliti kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap tiga peniaga termasuk peniaga burger di sini, Ahad lalu.

Beliau dilapor berkata, pihaknya akan memanggil semula orang yang dikenakan kompaun (OKK) membabitkan tiga peniaga itu.

"Peniaga berkenaan akan dipanggil untuk ditawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan (Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun) yang ditetapkan bagi kesalahan mengikut Akta 342 dan peraturan-peraturan di bawahnya," katanya dipetik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen