"PT3 dibatalkan, UPSR mansuh sepenuhnya bermula 2021." -Menteri Pendidikan

Seiiring dengan peredaran waktu, banyak perubahan telah dilaksanakan di Malaysia dan itu termasuklah sistem pendidikan di negara ini. Dahulu ianya bermula dengan pemansuhan PMR lalu diganti pula dengan PT3 yang menerapkan dalam kalangan pelajar agar mengamalkan konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bermula dari tingkatan 1 lagi.

Perubahan sistem pendidikan 2021

Bagaimanapun, perubahan itu terus berlaku apabila keluar kenyataan daripada Menteri Kanan Pendidikan iaitu Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin yang memaklumkan bahawa peperiksaan Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan sepenuhnya bermula 2021, manakala Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) untuk tahun ini dibatalkan.

"Antara asas utama dalam kita mempertimbangkan keputusan membatalkan PT3 untuk 2021 adalah mengambil kira masa yang ada bagi murid-murid membuat persediaan khususnya secara bersemuka bersama guru-guru di sekolah."

"Kita lihat keadaan penularan Covid-19 masih belum dapat ditangani sepenuhnya."

-Mohd Radzi-

Bagaimanapun, berkenaan pemansuhan UPSR sepenuhnya itu beliau menjelaskan keputusan tersebut dibuat berdasarkan kajian dan libat urus yang dibuat bersama pihak berkepentingan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen