Budak perempuan 3 tahun maut selepas ditinggal nenek dalam kereta

Oleh: Zuzu Yasmine

Dipercayai ditinggalkan beberapa jam di dalam kereta oleh neneknya, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan meninggal dunia di Sungai Tiram, Ulu Tiram, Ahad lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, pihaknya menerima satu laporan daripada pihak Hospital Sultan Ismail (HSI) mengenai kes 'Brought In Death' membabitkan kematian seorang kanak-kanak berumur 3 tahun pada jam 6.41 petang.

Katanya, hasil siasatan mendapati pada hari sama, nenek mangsa yang berusia 59 tahun membawa mangsa bersama kakak mangsa ke sekolah di sekitar Sungai Tiram lebih kurang jam 1 tengah hari dengan menaiki sebuah kenderaan Perodua Alza.

Jelasnya, mangsa kemudian  ditinggalkan di dalam kereta di rumahnya di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram Johor tanpa disedari oleh nenek mangsa dan enjin kereta turut dimatikan.

Difahamkan, ibu mangsa menyedari mangsa tiada di dalam rumah kira-kira jam 6 petang dan mencari di sekitar kawasan rumah namun tidak menjumpai.

"Nenek mangsa kemudiannya mula menyedari mangsa berada di dalam kereta dan mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri di lantai bawah tempat duduk belakang.

"Hasil bedah siasat oleh doktor di Hospital Sultan Ismail pada Isnin lalu mendapati keadaan tubuh badan mangsa adalah sihat dan tiada sebarang kesan lebam atau luka akibat didera.

"Doktor mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan 'Heat Stroke Due To Vehicular Entrapment' iaitu strok haba akibat terperangkap di dalam kenderaan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau dengan denda tidak melebihi RM50,000, atau kedua-duanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen