"Pelajar IPT dibenarkan pulang menyambut Aidilfitri..." -Kementerian Pengajian Tinggi

Dalam Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diadakan semalam, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) setuju membenarkan seramai kira-kira 103,994 pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) yang berada di kampus masing-masing pulang ke rumah sempena cuti bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri kecuali negeri Sarawak.

Pelajar diberi pilihan

Selain itu, para pelajar boleh pula ke rumah masing-masing mulai 7 hingga 12 Mei ini dan pergerakan pelajar kembali ke kampus pula pada 15 hingga 20 Mei depan namun, para pelajar turut diberi pilihan sama ada pulang ke kediaman masing-masing atau kekal berada di kampus sempena cuti perayaan tersebut.

"Kebenaran ini adalah selaras dengan kelonggaran yang diberikan oleh MKN sebelum ini kepada sektor pendidikan."

-KPT-

Surat pelepas rentas negeri disediakan

Sehubungan itu, pihak IPT akan menyediakan surat pelepasan perjalanan rentas negeri atau daerah selain menyelaras tarikh pergerakan pulang ke rumah dan kembali ke kampus bagi setiap pelajar.

"Pergerakan pelajar sempena cuti perayaan Aidilfitri ini dianggarkan melibatkan 103,994 pelajar yang kini berada di kampis daripada jumlah keseluruhan 1.3 juta pelajar."

"Pelajar-pelajar ini terdiri daripada enam kategori yang dibenarkan untuk menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran  (PdP) di kampus sebelum ini."

-KPT-

Pergerakan melalui 3 kaedah

Bagaimanapun, KPT memaklumkan bahawa pihaknya telah metepakan beberapa mekanisme kawalan yang mana pergerakan pelajar di setiap IPT dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan pergerakan mereka adalah terkawal.

"Pergerakan pulang pelajar akan menggunakan tiga kaedah iaitu menaiki kenderaan sendiri, dijemput oleh ibu bapa ata penjaga atau menggunakan bas yang diselaraskan oleh IPT."

-KPT-

Sementara itu, semua pihak diingatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sedanG berkuat kuasa sehingga arahan terkini berhubung perkara ini dimaklumkan.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen