Buat laporan polis, Khairul Aming minta jangan beli Sambal Nyet dari 'reseller'

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak Ramadan bermula, nama Khairul Aming sememangnya tidak asing lagi sebagai tempat rujukan untuk membuat juadah berbuka puasa.

Bukan sahaja terkenal dengan resepi hidangan yang mudah, produk Sambal Nyet yang dijual juga mendapat sambutan hangat daripada peminatnya.

\

Sambal Nyet dipalsukan!

Sentiasa memastikan kualiti produknya memuaskan hati pembeli, namun Khairul Aming terkilan apabila ada pihak cuba mengambil kesempatan disebalik jualan Sambal Nyet miliknya.

Terbaru, selebriti masakan itu telah berkongsi satu kes penipuan seseorang yang dikatakan menjual produk miliknya dan mengakui sebagai reseller Sambal Nyet menerusi laman Tiwtter.

Menurut Khairul Aming, pihak berkenaan telah menjual sambal tiruan itu sebanyak 700 botol setakat ini.

Minta kawan beli dari reseller untuk siasat

Sehubungan itu, dia terkesan apabila sambal yang dijual mendapat kritikan dari pembeli kerana dikatakan penghantaran teruk serta menerima sambal berbuih. Jadi, pihaknya membuat keputusan untuk menyiasat hal tersebut.

Beza sambal fake dengan original

Difahamkan, terdapat banyak perbezaan dengan sambal miliknya dan juga sambal tiruan tersebut. Antaranya adalah sticker botol sambal sehinggalah poskad yang digunakan, semuanya mempunyai perbezaan dari segi font dan juga kualiti gambar.

Sambal fake bau busuk

Tidak hanya itu, struktur sambal juga langsung tidak sama dan agak memualkan. Baunya seperti minyak goreng ikan dan cili yang digunakan selain terlihat berkeladak.

Beli dengan reseller, minta refund dengan dia

Dalam pada itu, Khairul Aming turut menyertakan beberapa maklum balas dari pembeli yang tertipu dengan produk palsu berkenaan.

Bagaimanapun lebih menyedihkan lagi apabila pembeli yang membeli sambal tiruan tersebut meminta dipulangkan kembali wang mereka daripada Khairul Aming.

Namun, setelah disiasat mendapat mereka membeli sambal tersebut dari individu yang menggunakan nama alamat Masturaaliyah (Heaunty Legacy).

Buat laporan polis

Tidak mahu orang ramai terkena dan mengambil kesempatan terhadap produk tersebut, Khairul Aming bertindak membuat laporan polis bagi mengelakkan perkara ini terjadi lagi.

Maaf sambal selalu habis

Di akhir ciapan tersebut, Khairul Aming memohon maad kepada para pembeli kerana stol Sambal Nyet kerap kehabisan walaupun sudah menaikkan jumlah pengeluaran sebanyak 4,000 botol sehari.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen