'Viral' sambal keluaran Khairul Aming diciplak, individu tampil serah diri dan mohon maaf

Sejak semalam, tular di laman Twitter terutamanya apabila produk Sambal Nyet milik personaliti yang dikenali iaitu Khairul Aming diciplak oleh individu yang menyamar dirinya sebagai 'reseller' produk berkenaan.

Individu tampil mohon maaf

Namun, selepas perkara itu tular individu terbabit tampil memohon maaf di atas perbuatannya dan permohonan maaf itu telah dimaklumkan oleh Khairul Aming di akaun Twitter miliknya.

Dalam pada itu, Khairul menjelaskan bahawa tidak mahu perkara itu selesai dengan cara yang mudah sebaliknya dia telah menetapkan 3 perkara untuk individu terbabit laksanakan sebelum kes tersebut selesai sepenuhnya.

Perkara yang diminta untuk individu terbabit lakukan adalah membayar semula pampasan tunai produk jualannya namun, duit itu dia takkan kembalikan semula kepada pelanggan kerana tahu untuk menguruskan perkara itu tidaklah mudah jadi, dia mengambil keputusan untuk serahkan semua duit pampasan yang diterima nanti kepada asnaf yang memerlukan.

Selain itu, individu tersebut juga telah memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai sekaligus mengakui kesalahan yang telah dilakukan serta melakukan pengakuan bertulis di Balai Polis yang sama ketika Khairul Aming membuat laporan berhubung kes tersebut sebelum ini.

Di samping itu, akaun Shoppe milik individu terbabit secara langsung telah dibekukan oleh Shoppe.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen