16 tahun niaga untuk lunas hutang dan miliki rumah, isteri minta henti buat andaian unsur fitnah

Memasuki hari kedua isu berkenaan peniaga burger dikompaun RM50,000 yang disebabkan oleh kecuaiannya sendiri kerana didakwa telah melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu berniaga lebih masa yang ditetapkan.

Tidak terhenti di situ, peniaga tersebut yang dikenali sebagai Faisal bagaimanapun dikatakan bukanlah datang dari keluarga yang kurang berkemampuan seperti yang diketahui oleh orang ramai sebelum ini apabila Netizen berjaya bongkar sesuatu menerusi akaun Facebook milik peniaga terbabit yang dilihat miliki kereta serta rumah mewah serta pernah makan di sebuah restoran yang mahal sehingga nilai bil makanan tersebut berjumlah ratusan ringgit.

Isteri dedah kehidupan sebenar

Bagaimanapun,  isteri kepada Faisal tidak berdiam diri dengan meminta orang ramai berhenti untuk sebarkan spekulasi tentang kehidupan mereka kerana menurut Norlaili semua dakwaan tersebut tidaklah benar sama sekali.

"Saya tidak pernah kata hidup susah atau meminta bantuan, namun jumlah kompaun RM50,000 itu terlalu besar bagi kami yang mencari makan dengan berniaga."

"Saya tidak menerima bantuan itu kerana masih tidak tahu jumlah sebenar kompaun yang dikenakan kepada kami."

"Memang ramai nak bantu dan minta nombor, namun setakat ini kami tidak mahu menerima bantuan berkenaan keraan tidak mahu menimbulkan sebarang isu."

-Norlaili-

16 tahun berniaga untuk bayar hutang dan miliki rumah

Bagi mengulas lanjut isu berkenaan dengan kemewahan mereka, Norlaili menjelaskan bahawa rumah yang didami atas tanah pusaka itu dibina hasil simpanannya yang berniag burger selama 16 tahun, jual kuih muih dan tudung dari jam 6 petang sehingga 7 pagi.

"Pinjaman daripada ibu dan adik beradik belum dibayar sepenuhnya lagi."

"Kami kerja siang malam mencari wang untuk membuat rumah dan membeli kereta kerana selama ini kami menumpang di rumah ibu selama 11 tahun bersama tiga adik beradik lain."
-Norlaili-

Selain itu, Norlaili turut memberitahu bahawa gambar suaminya makan daging wagyu yang bernilai RM900 itu, dia berkongsi bayar dengan tiga adik beradiknya yang lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen