Kontrak tamat, Swarovski umum sudah tak kolaborasi dengan Neelofa

Oleh: Zuzu Yasmine

Nama usahawan dan selebriti terkenal Neelofa hangat diperkatakan beberapa hari lalu berhubung tindakan kompaun yang melanggar standard operasi prosedur (SOP) ditetapkan.

Tidak itu sahaja, usahawan terkenal itu juga menerima pelbagai kecaman selepas memuat naik gambar burger di Insta story miliknya yang disalah erti oleh warganet.

#HelloSwarovski

Sehubungan dengan itu, seorang pengguna Twitter telah bertanya akan status kolaborasi Neelofa bersama satu jenama antarabangsa yang terkenal iaitu Swarovski.

Pengguna Twitter berkenaan telah membandingkan situasi tersebut dengan selebriti di negara luar seperti Korea Selatan.

Katanya, selebriti di Korea Selatan akan hilang kolaborasi sebagai duta sesebuah jenama sekiarnya terpalit dengan sesuatu isu seperti usahawan tersebut.

Perkara tersebut juga disokong oleh beberapa warganet lain yang berharap agar syarikat popular dengan batu kristal mewah itu melakukan sesuatu terhadap dutanya.

Swarovski jawab pertanyaan

Sehubungan dengan itu, pengendali akaun pengeluar batu kristal mewah dunia, Swarovski telah membalas ciapan tersebut dengan mendedahkan status terkini bahawa pihak mereka sudah tidak lagi berkerjsama dengan Neelofa.

Kontrak dah tamat

Bagaimanapun menerusi Twitter Neelofa, dia memaklumkan bahawa kontrak bersama Swarovski telah pun tamat pada hujung tahun lalu dan hubungan dengan pihak tersebut masih lagi baik.

Terdahulu, Neelofa merupakan wanita berhijab pertama dunia yang muncul sebagai penghias billboard jenama mewah Swarovski sejak 2017 dan busana nikahnya pada Mac lalu turut diserikan dengan 5,000 butir batu kristal dari jenama tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen