Hasrat sambut Aidilfitri tak kesampaian, budak lelaki 7 tahun maut digilis lori

Statistik kemalangan jalan raya terus menunjukkan peningkatan hari demi hari yang mana kejadiannya bukan sahaja berlaku di lebuhraya sekitar bandar bahkan adakalanya juga berlaku di kawasan luar bandar.

Motor hilang kawalan punca jatuh

Hari ini, satu lagi kemalangan ngeri telah berlaku yang melibatkan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun apabila motor yang ditunggangi neneknya hilang kawalan di kawasan berbukit sehingga menyebabkan budak lelaki terbabit terjatuh sebelum terjatuh daripada motor lalu digilis oleh sebuah lori yang membawa muatan arang batu.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian yang merupakan laluan berbukit, motosikal dinaiki mereka hilang kawalan menyebabkan mangsa terjatuh sebelum dirempuh sebuah lori membawa muatan arang batu yang berada di belakang."

"Impak rempuhan itu menyebabkan mangsa cedera parah pada kepala, tangan dan kaki."

-Ketua Polis Daerah Kemaman-

Selain itu, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 10 pagi pada Khamis di Kilometer 172, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Felda Neram.

Dalam pada itu, bapa mangsa iaitu Khairilamru Abdul Rani berkata bahawa anaknya, Muhammad Nur Rifqi atau lebih mesra disapa Angah begitu teruja untuk pulang ke kampung neneknya di Kampung Tok Saboh, Besut untuk berhari raya.

Hasrat sambut Aidilfitri tak kesampaian

Pun begitu tambahnya lagi, Angah juga sudah siap beli pakaian raya bagi menyambut Aidilfitri tidak lama lagi .

"Angah beriya-iya  memberitahu mahu tinggal lebih lama di rumah neneknya yang juga ibu saya untuk menghabiskan cuti sekolah.

"Hujung minggu lalu, saya dan isteri iaitu Nor Hodayah Ramli yang sedang hamil lima bulan telah membeli baju raya yang akan digayakan ketiga-tiga anak kami termasuk Angah semasa Hari Raya Aidilfitri nanti."

-Khairilamru-

Sementara itu, Nor Hidayah masih terkejut dan trauma dengan kejadian tersebut enggan ditemubual dan dilihat acap kali mengesat air matanya dengan sehelai baju dipercayai milik Muhammad Nur Rifqi.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen