"Haram langgar rentas negeri sambut Aidilfitri." - Mufti Wilayah Persekutuan

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari Raya adalah saat-saat yang dinantikan oleh seluruh umat Islam bukan sahaja dapat berkumpul bersama keluarga tapi ketika inilah untuk saling maaf memaafkan. Lebih-lebih lagi, sejak larangan merentas negeri dikuatkuasa, tentunya ramai yang sudah lama tidak pulang kampung halaman melihat ibu bapa.

Malah, ramai yang berharap Hari Raya tahun ini disambut bersama insan tersayang tidak seperti tahun sebelumnya namun, kebenaran untuk merentas negeri pada Aidilfitri ini masih dalam pertimbangan.

Haram langgar larangan rentas negeri

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah, haram hukumnya melanggar larangan merentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri, seperti yang ditetapkan kerajaan.

Katanya, asas kepada larangan rentas negeri perlu dilihat daripada hadis Rasulullah SAW mengenai wabak penyakit taun.

Tambahnya, Rasulullah SAW menyebut supaya umat manusia mengelak ke sesuatu tempat jika mendengar mengenai penyebaran sesuatu wabak penyakit dan mereka yang sudah sedia berada di tempat itu, tidak boleh keluar daripada kawasan berkenaan.

"Rentas sempadan, apa hukumnya apabila kerajaan larang? Andai tidak taat kepada Ulul Amri (pemerintah) maka hukumnya haram.

"Sekarang angka (jangkitan) semakin tinggi, jadi kalau dibenarkan (rentas negeri) bila rantaian jangkitan ini akan berhenti?


"Dalam media baru-baru ini ada kes tipu dokumen semata-mata mahu merentas negeri dengan menggunakan surat (kebenaran palsu) Yang Dipertuan Agong. Itu dua kali haram, menipu untuk rentas negeri dan menipu surat (kebenaran)," ujarnya.

Bagi tujuan kebaikan

Jelasnya, perbincangan panjang mengenai hukum boleh dibuat bagaimanapun dalam menangani penularan COVID-19, umat Islam perlu kembali kepada perkara paling asas termasuk menerima larangan dikenakan pemerintah sekiranya dilakukan bagi tujuan kebaikan.

"Sekiranya untuk kebaikan, sebagai rakyat ia perlu diikuti. Jika tidak risiko (disebabkan jangkitan) adalah tinggi," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengatakan bahawamerentas negeri yang dibenarkan jika ada keperluan.

 

"Jika ada keperluan, bolehlah merentas negeri dan kerajaan juga membenarkannya jika ada keperluan tetapi jika hanya untuk tujuan sosial, ia akan hanya membawa risiko yang tinggi," tambahnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen