"Senangnya dah buat salah minta maaf." - 'Instafamous' hadir buka puasa tak jaga SOP mohon maaf

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam kecoh di laman Twitter akan satu majlis anjuran seorang Instafamous yang dikatakan tidak menjaga penjarakan fizikal selain mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Artis & influencer tak jaga SOP

Difahamkan, majlis berbuka puasa tersebut dihadiri selebriti dan personaliti media sosial serta ramai lagi hingga mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.

Malah, beberapa gambar turut menjadi bukti akan tetamu di majlis berkenaan berkumpul dalam jumlah yang ramai sewaktu mengambil gambar kenangan, dengan tidak memakai pelitup muka serta ada yang siap berlaga pipi.

Minta maaf, akan lebih berhati-hati

Akui akan kesalahan tersebut, seorang personaliti media sosial Nurin Afiqah memohon maaf akan perkara tersebut dan berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini dalam mematuhii SOP di tempat awam.

Malah, Nurin Afiqah turut menerima baik kesalahan yang dilakukan diperkatakan netizen.

"Kami rakyat marhaen dah penat"

Walau bagaimanapun, netizen seolah-olah tidak berpuas hati kerana menganggap pihak tersebut mudah meminta maaf selepas melakukan kesalahan namun, orang lain terpaksa menanggung kesannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen