Hanya mampu lambai dari tingkap, pemuda sebak lihat mak ayah tanggung rindu

Oleh: Zuzu Yasmine

Sehingga hari ini, larangan merentas negeri masih lagi tidak dibenarkan meskipun kes Covid-19 semakin menaik dan tidak tahu bila akan redanya.

Disebabkan larangan merentas negeri, ramai yang terpaksa menanggung rindu kerana tidak dapat pulang ke kampung melihat ibu bapa mereka selama berbulan-bulan.

Mak ayah nak tengok dari tingkap

Terbaru, tular di laman Twitter akan seorang anak meluahkan rasa sedih apabila dapat panggilan dari ibu bapa yang mahu melihat dirinya dari luar tingkap biliknya ketika sedang kuarantin.

"Nak nangis pula rasa mak ayah call seuruh pergi dekat tingkap nak tengok aku," kongsinya di Twitter.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, dapat dilihat ibu ayahnya sedang melihat dari bawah dan melambai tangan ke arahnya.

Turut kongsi pengalaman

Perkara tersebut mendapat perhatian dari netizen yang turut berkongsi pengalaman sama dengan pemuda berkenaan.

"Itulah mak ayah, rindu la"

Sebak melihat keadaan tersebut, netizen turut meluahkan rasa rindu mereka terhadap ibu bapa yang jauh di kampung halaman. Selain memahami rindu yang ditanggung oleh ibu bapa pemuda berkenaan.

"Video call tak sama"

Meskipun ada saranan untuk melakukan video call buat mereka yang berjauhan dengan ibu bapa, namun rata-rata mengatakan bahawa perkara tersebut tidak sama dengan berjumpa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen