'Call' bila perlukan duit, pemuda di perantauan kecewa keluarga tak pernah tanya khabar

Oleh: Zuzu Yasmine

Merantau mencari peluang kerja yang lebih baik sememangnya perkara biasa yang akan dilakukan oleh anak muda. Orang kata jauh berjalan luas pemandangan, bukan sahaja lebih berdikari tetapi juga dapat meringankan beban keluarga.

Malah menjadi satu kebiasan buat anak-anak yang merantau ini mengirim wang buat ibu bapa di kampung, meskipun jumlahnya tidak banyak.

Namun, lain pula yang terjadi oleh seorang pemuda ini yang dikatakan sedikit berbeza berbanding kebanyakan anak-anak perantauan di luar sana.

Call bila perlukan duit

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pemuda tersebut meluahkan bahawa keluarganya seakan tidak menghargai segala penat lelah dan pengorbanan yang telah dilakukannya buat mereka.

Tidak itu sahaja, pemuda tersebut juga berkongsi pengalaman saat dia menerima panggilan telefon daripada keluarganya yang tidak seperti orang lain.

Tak pernah tanya khabar

Menurutnya, ketika bercakap melalui telefon tiada langsung gurauan atau pertanyaan khabar. Lebih sedih lagi apabila dia langsung tak pernah merasai saat itu bersama keluarganya.

Bertambah kecewa lagi apabila setiap kali terima panggilan telefon daripada keluarga hanya ingin meminta duit daripadanya. Selain duit, keluarganya seakan tidak peduli sama ada pemuda itu sihat atau tidak ketika berada di tempat orang.

Dalam video tersebut juga, dapat dilihat pemuda berkenaan mengesat air mata serta meluahkan rasa kesal dengan sikap keluarganya. Dia juga kecewa apabila dianggap sebagai keluarga ketika memerlukan duit.

Anggap tengah usahakan ladang pahala

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati akan nasib pemuda berkenaan selain turut memberikan kata-kata semangat buatnya. Namun, ada juga yang berkongsi pengalaman hampir serupa dengan pemuda berkenaan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen