Perjuangan bayi 5 bulan berakhir, adik Ammar hidap 2 jenis kanser meninggal dunia

Kanser merupakan antara penyakit yang sangat merbahaya kerana sifatnya yang senang merebak dan ia tidak hanya tertumpu kepada golongan warga emas yang berumur bahkan ia juga boleh menyerang kanak-kanak termasuk bayi yang baru lahir.

Hidap 2 kanser seawal 5 bulan

Siapa kita mahu menduga kekuasaan Allah namun itulah yang terjadi kepada seorang bayi berusia 5 bulan ini apabila doktor mengesahkan dia mempunyai 2 jenis kanser dalam satu masa.

Susulan perkara tersebut, selain pihak hospital mengarahkan si kecil itu  mendapatkan rawatan di rumah sahaja memandangkan mereka tiada kaedah penyembuhan yang sesuai untuk merawatnya, dia juga diberitahu hanya mampu bertahan selama 6 bulan sahaja.

 

Bayi berusia 5 bulan ini mesra dengan panggilan Ammar. Kisah perjalanan hidup Ammar sering dikongsikan oleh ibunya daripada anak Syurga itu baru lahir sehinggalah doktor memberitahu tentang sakitnya.

'Allah lebih sayangkan Ammar'

Kita tak tahu sakit dan derita yang ditanggung sepanjang tempoh tersebut dan menerusi 'posting' terbaru, ibu Ammar mengkhabarkan satu berita duka yang memaklumkan bahawa anaknya telah meninggal dunia pada petang semalam di sampingnya serta suami dalam keadaan yang sangat tenang.

 

Salam takziah buat ahli keluarga semoga kuat menerima ketentuan Allah yang Maha Hebat. Anak Syurgamu menunggu kalian di sana.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen