Kes harian meningkat, wad biasa kini jadi tempat rawat pesakit kritikal Covid-19

Kes harian Covid-19 nyata terus meningkat dari hari ke hari sehingga menyebabkan sebanyak 80 katil rawatan kritikal diwujudkan secara 'repurposed' di hospital sekitar Lembah Klang bagi memenuhi keperluan peningkatan jumlah pesakit Covid-19 yang kritikal.

Ruangan ICU semakin terhad

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa jumlah katil itu akan ditambah mengikut keperluan di wad biasa bersesuaian yang ditukar fungsi kepada katil kritikal.

"Terdapat peningkatan dalam jumlah pesakit Covid-19 yang kritikal diberi bantuan pernafasan di wad biasa akibat kekosongan katil ICU (Unit Rawatan Rapi) yang terhad."

-DG Noor Hisham-

Pesakit mungkin akan dipindahkan

Selain itu, beliau turut berkongsi keadaan hospital di Sungai Buloh berhubung dengan peningkatan tersebut yang mana sebahagian ruang pemerhatian Jabatan Kecemasan Hospital sudah dijadikan sebagai ICU Covid-19 dan ada sebahagian pesakit di hospital berkenaan kini sedang menanti untuk dipindahkan ke hospital lain di Lembah Klang.

"Pengurusan ketersediaan katil rawatan kritikal di hospital Covid-19 Lembah Klang dilakukan secara bersepadu di bawah seliaan Pusat Kawalan Bersepadu Coovid-19 atau United Command Centre (UCC) Wilayah Tengah."

"Kaedah pemantauan dan pengurusan yang lebih efisien ini membolehkan pesakit di hospital Lembah Klang dapat dipindahkan dari satu hospital ke hospital lain yang mempunyai kekosongan katik rawatan kritikal."

"Terdapat tujuah hospital yang dikhususkan untuk rawatan pesakit Covid-19 termasuk sebuah hospital universiti di Lembah Klang yang merangkumi Selangor dan Wilayah Persekutuan Kualan Lumpur serta Putrajaya."

-DG Hisham-

Di samping itu, semalam media melaporkan kenyataan DR Noor Hisham bahawa keupayaan kapasiti kesihatan negara akan berada pada tahap kritikal, sekiranya aliran kes Covid-19 terus meningkat.

Hal ini adalah apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kes dan kadar penggunaan kapasiti kesihatan di negeri sekitar Lembah Klang amat membimbangkan.

Negara bakal berdepan dengan situasi kritikal

Tambah beliau lagi, jika trens peningkatan kes Covid-19 berterusan, maka kapasiti kesihatan akan berada pada tahap kritikal dan akan memberikan impak negatif kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan awam secara keseluruhannya.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat berperanan untuk bersama-sama membantu KKM dengan mematuhi prosuder operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen