Nasib anak perantauan, pemuda sebak buka kotak kiriman mak ayah untuk sambut raya

 

Beberapa hari sahaja lagi bulan Syawal akan tiba namun jelas sekali kemeriahan itu tidak lagi dirasai sepeti tahun-tahun sebelum ini kerana kebanyakan anak perantauan terpaksa mematikan hasrat mereka untuk pulang beraya di kampung susulan keputusan kerajaaan yang tidak membenarkan aktiviti merentas negeri sempena perayaan tersebut.

Perkara itu bukan sahaja memberi kesan kepada golongan bujang bahkan pasangan yang sudah berkahwin tak kurang juga yang turut terkilan kerana dalam kalangan mereka ada juga yang sudah bertahun menunggu saat untuk bertemu dengan insan yang paling dirindui iaitu orang tua mereka.

Kiriman mak ayah undang sebak

Perkongsian video di Tiktok oleh Kassim Selamat menyaksikan detiknya mengesat air mata saat melihat kiriman daripada ibu serta ayahnya di kampung.

 

Di dalam video tersebut dapat kita saksikan pelbagai kuih raya dikirim untuknya beserta dengan baju melayu serta sejadah untuk digunakan di pagi raya nanti.

Video tersebut meraih lebih daripada 37 tontonan sekaligus membanjiri ruangan komen yang rata-ratanya turut merasakan hal yang sama seperti individu terbabit.

'Dapat rasakan apa yang dia rasa'

 

'Aku dah kahwin pun sedih'

'Insha Allah ada hikmahnya'

'Anak perantauan sahaja memahami'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen