Kos terlalu tinggi, Kelantan tidak bercadang beli vaksin

Berikutan kes harian di Kelantan terus mencatatkan sehingga 3 angka, namun Menteri Besar negeri tersebut iaitu Datuk Ahmad Yaakob memaklumkan bahawa kerajaan Kelantan tidak bercadang untuk membeli vaksin kerana kosnya yang tinggi.

Sejajar dengan perkara tersebut, Menteri Besar Kelantan turut meluahkan rasa kebimbangannya terhadap negeri terbabit yang terus mencatatkan kes tiga angka sehingga menjadikan kini negeri itu berada di kedudukan tiga tertinggi kes Covid-19.

Ambil pendekatan lain

Bagaimanapun, Kelantan tidak akan memandang ringan terhadap kes tersebut sebaliknya mereka mengambil pendekatan lain agar pematuhan SOP terus diamalkan oleh semua rakyat bagi mengekang penularan wabaj tersebut.

"Memang kami bimbang daripada kebanyakan daerah hijau bertukar kepada merah. Tiada pendekatan lain melainkan semua rakyat berdisiplin dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan."

"Sehingga kini tahap SOP daripada segi penjarakan di lokasi tertentu seperti pasar masih lemah dan kami mengharapkan kerjasama semua pihak untuk memutuskan rangkaian Covid-19."

-MB Kelantan-

Di samping itu, meskipun Kelantan antara negeri yang terus mencatat kes harian tertinggi namun kerajaan tersebut juga tidak memutuskan untuk mengeluarkan arahan 'lockdwown' dan itu bermakna semua aktiviti harian adalah seperti biasa.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen