"Tak sama dengan 'video call'..."-Hanya melalui CCTV ubat rindu, anak lega dapat tengok mak ayah tiap hari

Tahun ini merupakan tahun kedua buat anak perantaun yang terpaksa beraya tanpa keluarga tercinta susulan pergerakan merentas negeri tidak dibenarkan bagi menyambut Aidilfitri.

Memang tak dinafikan bahawa suasana raya kali ini jelas sekali berbeza, hanya panggilan di telefon dapat mengubati rindu mak ayah di kampung halaman.

CCTV ubat rindu

Begitulah juga yang dirasakan oleh anak perantauan ini yang mana selain dapat membuat panggilan video untuk berhubung, dia juga dapat melihat setiap pergerakan mak dan ayahnya di kampung melalui CCTV yang dipasang sewaktu pulang ke kampung pada Disember tahun lalu.

Menurut sumber, anak kelahiran Perak yang mesra disapa Saffuan memaklumkan bahawa dia terpaksa berjauhan dengan keluarga atas urusan kerja namun, masih ada adik bongsunya yang turut tinggal bersama dengan mak dan ayah di kampung.

"Saya dan adik-beradik mempunyai akses untuk pantau dua CCTV di rumah, dari mana-mana. Kali terakhir saya pulang ke kampung pada Disember tahun lalu iaitu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0"

"Sekarang ni pula larangan rentas negeri, jadi saya memantau CCTV di kampung dari semasa ke semasa bagi meninjau keadaan semasa dan melepaskan kerinduan terhadap mak ayah di kampung."

-Anak-

Akui perasaan tak sama dengan video call

Selain itu, dia akui meskipun boleh buat 'video call' untuk lihat wajah mak ayah secara dekat, tapi hanya setakat itu yang kita boleh nampak berbanding jika lihat di CCTV, perasaan itu berbeza.

"Kalau di CCTV, perasaan tu lain macam sebab kita dapat tengok apa aktiviti mak ayah hampir setiap hari. Mereka bercucuk tanam, sidai baju atau berehat di anjung rumah."

"Macam CCTV rakam ayah tu, tengok ayah rajin bercucuk tanam dan potong rambut bagi mengisi masa lapang di rumah buat saya rasa sebak hanya dapat tengok dari jauh. Alhamdulillah ayah masih sihat."

-Anak-

'Mak ayah setiap hari rindu'

Tambahnya lagi, walaupun berjauhan dan tidak dapat beraya di kampung, ia bukan penghalang untuk anak-anak sentiasa berhubung dengan keluarga terutama ibu bapa.

"Sebenarnya tak perlu tunggu raya baru nak balik kampung jumpa mak ayah atau call sebab rindu mereka. Percayalah mak ayah rindu anak-anak setiap masa."

-Anak-

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen