4 tahun tak balik raya, anggota polis menangis terima berita pemergian nenek pada hari lahir

Oleh: Zuzu Yasmine

Di saat rakyat lain mengeluh tidak dapat pulang ke kampung halaman melihat ibu bapa, tentunya frontliners juga merasai perkara yang sama. Malah ada juga yang sudah bertahun-tahun tidak menyambut perayaan Hari Raya di kampung disebabkan tugas mereka.

Itulah yang dirasai salah seorang anggota polis ini apabila sudah beberapa tahun tidak dapat pulang beraya di kampung bersama keluarga tercinta.

Empat tahun tak pulang kampung

Perkara tersebut dikongsikan oleh isterinya menerusi platform TikTok yang mengatakan bahawa 29 April lalu merupakan ulang tahun kelahiran suaminya dan pada pagi itu dia menerima khabar duka akan kehilangan neneknya hingga menitiskan air mata.

Lebih sedih lagi apabila, suaminya itu tidak dapat pulang ke kampung halaman malah sudah empat tahun tidak pulang beraya.

Hanya isteri tahu kesedihan suami

Dalam pada itu, isteri kepada anggota polis berkenaan juga meluahkan rasa kecewa apabila segelintir netizen yang hanya melihat sisi kuat anggota polis namun kesedihan mereka hanya diketahui oleh para isteri.

“Korang yang nampak sisi kuat seorang polis, korang tak nampak sisi lemah mereka. Hanya isteri sahaja tahu,” luahnya.

“Pengorbanan mereka tak semua tahu”

Menjengah ke ruangan komen rata-rata turut bersedih akan perkara tersebut malah turut mendoakan agar arwah nenek anggota polis itu berada dalam kalangan orang beriman.

Sehubungan dengan itu, rata-rata mereka juga turut memahami tugas polis yang terpaksa berkorban hari raya demi tugas selain berkongsi pengalaman yang hampir sama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen