Leka biarkan anak main tepi tingkap, bayi 11 bulan maut terjatuh dari tingkat 3

Saban hari kita dengar tentang kejadian ngeri yang menimpa kanak-kanak mahupun bayi sehingga menyebabkan kematian sehingga timbul persoalan sejauh manakah kepekaan ibu bapa mereka dalam mengawasi anak-anak yang masih kecil ini.

Memetik laporan Berita Harian, satu lagi kejadian ngeri telah menimpa seorang bayi berusia 11 bulan apabila dia terjatuh dari tingkat 3 kediaman keluarganya di Blok D, PPR Sri Aman, Jalan Aman Putra.

Tiada unsur jenayah

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul iaitu Asisten Komisioner Beh Eng Lai, pihak mereka telah menerima laporan berhubung kes tersebut dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian terbabit.

"Siasatan mendapati mangsa dikatakan sedang bermain bersama abang, kakak dan sepupunya di atas katil bahagian atas bersebelahan dengan tingkap yang berada dalam bilik pertama rumah sebelum terjatuh dari tingkap kira-kira jam 3 petang."

"Katil berkenaan dirapatkan ke bahagian tingkap untuk mengemas bilik terbabit. Siasatan mendapati tingkap di dalam bilik itu tidak mempunyai jeriji dan katil diletakkan berdekatan tanpa sebarang halangan."

-Eng Lai-

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia setibanya mereka di Unit Kecemasan Hospital Selayang akibat daripada kecederaan parah di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen