Kembali bertugas, netizen beri sokongan penuh pada penyampai berita

Oleh: Zuzu Yasmine

Masih ingat akan kisah seorang pembaca berita Astro Awani, yang lantang memberi kenyataan ‘otak letak di lutut’ bagi isu peniaga dikenakan kompaun RM50,000 kerana melanggar SOP sebelum ini.

Meskipun mendapat sokongan penuh daripada netizen, pembaca berita berkenaan iaitu Luqman Haris telah disoal siasat polis atas dakwaan menimbulkan fitnah.

Bahkan, pihak Astro Awani turut mengeluarkan kenyataan media bahawa akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis akan isu berkenaan.

Kembali bertugas seperti biasa

Terbaru, penyampai berita itu dikatakan telah kembali bertugas di berita awani 7.45 menerusi satu ciapan di laman Twitter miliknya.

“Back on #AWANI745 tonight. Sempat buka sebiji kurma je, tapi Alhamdulillah,” tulisnya.

“Kami semua sokong kamu”

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira apabila melihat pembaca berita itu telah kembali bertugas.

Malah mereka turut meninggalkan pesan agar terus menyampaikan berita dengan telus dan ikhlas buat masyarakat, selain berjanji akam memberi sokongan penuh kepada pembaca berita berkenaan.

Sebelum ini, pembaca berita berkenaan menjadi perhatian netizen selepas berani bersuara mewakili suara rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, pihak polis telah menganggap bahawa tindakan itu satu fitnah dan menjalankan siasatan ke atasnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen