Tawar gaji bagi yang sudi kahwini Azal, Zarina Zainuddin terima banyak DM di Instagram

Bagi yang mengikuti perkembangan semasa Zarina Zainuddin pasti tahu bahawa pelakon itu memiliki dua orang anak istimewa yang mesra disapa Azal dan Azil yang kini berusia 25 tahun.

Melihat kekuatan Zarina membesarkan anak-anaknya pasti membuatkan ramai kagum dengan dirinya. Bukan sahaja aktif dalam lakonan bahkan juga mempunyai perniagaan sendiri.

Tawarkan gaji untuk bakal isteri Azal

Sebelum ini, pelakon itu ada menawarkan gaji untuk mana-mana gadis di luar sana yang berkenan ingin berkahwin dengan salah seorang istimewanya iaitu Azal.

Susulan daripada tawaran itu, Zarina akui telah menerima banyak mesej peribadi (Direct Message) di Instagram daripada wanita yang mahu berkahwin dengan anak kembarnya itu.

"Selepas berita mengenainya keluar di Harian Metro, saya dapat banyak DM nak kahwin dengan Azal, ada umur 36 tahun dan sebaya saya pun ada. Ini semua mesti sebab gaji tu."

"Tapi macam yang saya cakaplah, Azal memilih sikit. Dia nak yang 'vogue' saja. Dia nak lawa, tak pakai tudung, kaki panjang, putih melepak dan hidung mancung."

-Zarina Zainuddin-

Terima banyak DM 

Bagi Zarina, dia lebih mengambil pendekatan untuk tidak balas mesej berkenaan kerana tidak mahu memberi harapan sebab faham akan sifat anaknya yang suka memilih.

"Saya baca saja, bukan tidak mahu balas mesej tapi takut nak beri harapan sebab tahu anak saya ni memilih. Apa yang anak saya gambarkan rasanya hanya dongengan dalam khayalannya saja. Saya pasrah."

"Jika ada rezeki mungkin Azal belajar menerima seadanya. Alhamdulillah. Jika tidak biarlah dia tunggu bidadari di Syurga nanti."

-Zarina Zainuddin-

 

Mengulas lebih lanjut berkenaan gaji, ibu kepada empat cahaya mata itu memaklumkan bahawa dia tidak berkira asalkan sesuai dengan pilihan Azal.

"Soal gaji saya tak kisah nak bayar asalkan sesuai dengan pilihan Azal."

-Zarina Zainuddin-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen