"Servis hantar kami bayar..." - Remuk hati pengguna, lihat pekerja kurier baling-baling barang

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari Raya bakal menjelang tiba tidak lama lagi, tentunya ramai sedang sibuk melakukan persiapan menyambut hari kemenangan itu.

Bagaimanapun, disebabkan penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbang di negara ini ramai yang memilih untuk berbelanja secara atas talian demi menjaga keselamatan diri.

Malah, kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak ibu bapa yang menghantar makanan seperti kuih muih buat anak mereka diperantuan.

Kurier buat hal lagi

Bagaimanapun, tular akan satu rakaman video di platform TikTok yang memaparkan pekerja-perkerja sebuah syarikat penghantaran membaling barang pelanggan tanpa belas.

Berdasarkan rakaman video tersebut juga dapat dilihat terdapat banyak lambakan barang di cawangan syarikat penghantaran barang tersebut.

Menurut individu yang memuat naik video berkenaan, mereka yang membuat penghantaran kuih raya tentunya akan menerima akibat dari perbuatan perkerja syarikat penghantaran itu.

“Baling jangan tak baling kotak tu. Makan habuk je la siapa yang order kuih raya online,” kongsinya.

"Kerjalah dengan ikhlas"

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa akan kelakukan pekerja tersebut selain merasakan itu bukan tindakan wajar memandang sudah menjadi tugas mereka.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen