"Neelofa ada datang kedai..." -Staf kedai 'buka mulut' Neelofa borong karpet bernilai RM10,000

Hari demi hari, isu langgar SOP yang melibatkan Neelofa terus menjadi bualan dan sepertinya tidak berpenghujung apabila baru-baru ini telah tersebar beberapa keping gambar yang dimuat naik olehnya sendiri yang menunjukkan bahawa dia dan suami berada di sebuah kedai karpet terkenal di Nilai 3.

Jelas sekali ia tular sekelip mata kerana pasangan tersebut didakwa merentas negeri sekali lagi dalam keadaan status negeri masih dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).

Memetik laporan Utusan Malaysia, selebriti dan usahawan terkenal Noor Neelofa didakwa telah membelanjakan RM10,000 ketika mengunjungi  sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada Ahad lalu.

Pemilik kedai karpet buat pengakuan

Sehubungan itu, seorang pekerja kedai yang dikenali sebagai Hussien akui bahawa memang benar selebriti terbabit datang ke kedainya bersama suami untuk membeli permaidani.

"Neelofa dengan suami ada datang ke kedai dan membeli beberapa karpet termasuk karpet Iran yang berkualiti tinggi dan karpet jenis lain yang semuanya berharga RM10,000."

"Harga bagi satu karpet Iran ini sahaja ialah RM3,000 dan Neelofa beli dalam dua atau tiga gulung."

-Hussien-

'Naeem Carpet' terus dikenali

Menurut Hussien, selepas tular berkenaan isu Neelofa datang ke kedainya menyebabkan 'Naeem Carpet' terkenaal di seluruh Malaysia namun, umum sedia maklum bahawa tindakan tersebut jelas sekali salah kerana telah menimbulkan masalah.

Bagaimanapun, pihak polis telah datang ke kedai karpet yang dikunjungi Neelofa minggu lalu bagi mendapatkan keterangan .

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen