Kongsi gambar majlis nikah, Rafidah Ibrahim kini sah bergelar isteri

Nama serta bakatnya pernah menapak dalam dunia hiburan sejak beberapa tahun lalu. Bukan sahaja berbakat dalam bidang pengacaraan bahkan juga dalam bidang nyanyian malah pernah bergandingan dengan AC Mizal dalam sebuah lagu yang bertajuk 'Apo Kono Eh Jang.'

Fidah Ibrahim selamat bergelar isteri

Walaupun kurang aktif dalam industri hiburan sejak beberapa tahun ke hadapan ini, nyata perkongsian terbaharu oleh Rafidah Ibrahim nampaknya mengejutkan ramai orang terutama peminat-peminatnya apabila dia mengumumkan telah selamat bergelar isteri pada 5 Mei (semalam).

 

Majlis akad nikah tersebut hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta adik-beradik sahaja memandangkan status negeri masih lagi dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu, dalam 'posting' tersebut,  Rafidah Ibrahim atau lebih mesra disapa Fidah berkesempatan berkongsi wajah suaminya kepada umum sekaligus menitipkan ucapan terima kasih serta doa buat mereka yang telah hadir membantu menguruskan serta mempermudahkan segala urusan dalam majlis akad nikahnya yang berlangsung semalam.

"Semoga dengan kehadiran para tetamu dan doa daripada kalian mengundang rahmat dan berkat pada hari mulia serta ikatan mulia ini buat kita semua."

Sama cantik sama padan kedua-dua pasangan mempelai ini, moga ikatan mahligai yang dibina berkekalan selamanya. Tahniah diucapkan buat Fidah dan pasangan.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen