"Kes tak besar cuma langgar SOP..." - Kertas siasatan Neelofa & suami di peringkat akhir

Oleh: Zuzu Yasmine

Berikutan dakwaan merentas negeri ke Nilai 3 Ahad lalu, pihak polis memaklumkan bahawa kertas siasatan usahawan dan selebriti terkenal Neelofa dan suami PU Riz sudah di peringkat akhir.

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, kertas siasatan berkenaan sudah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Sembilan semalam, namun dikembalikan semula.

"Ini kerana ada beberapa perkara yang perlu diambil tindakan lanjut.

"Kita sedang memperkemaskan kertas siasatan itu sebelum keputusan selanjutnya dibuat," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan memaklumkan perkembangan lanjut mengenai siasatan berkenaan.

"Kes tak besar pun, cuma langgar SOP, namun perkembangan terbaru nanti kita akan maklumkan kepada pihak media," ujarnya.

Sebelum ini, Neelofa dan suami didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila dikatakan merentas negeri dengan mengunjungi sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Borong Nilai 3, Nilai.

Gambar mereka turut tular dalam media sosial ketika berada di sebuah kedai menjual permaidani berkenaan.

Malah pada Selasa lalu, Neelofa dan Muhammad Haris memberi keterangan selama empat jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai berhubung isu berkenaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen