Tak tahan dengan leteran, lelaki bunuh isteri guna tombak kepala sawit

Oleh: Zuzu Yasmine

Tak tahan dengari leteran isteri, seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan memukul isterinya menggunakan tombak sehingga membawa maut.

Menerusi laporan Tribunnews ketika kejadian, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Rizal baru sahaja pulang dari kerja namun, terus mendapat leteran dari isterinya yang berusia 26 tahun.

Tuduh suami ada perempuan lain

Difahamkan, mangsa Yeti Septarini memarahi suaminya kerana sisa makanan yang tumpah di lantai selain menuduh lelaki tersebut mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Awalnya, Rizal dikatakan masih cuba bersabar dan terus masuk ke bilik tidur untuk berehat selain berharap leteran isterinya akan berhenti. Bagaimanapun sangkaannya meleset apabila wanita tersebut terus menerus memarahinya selain turut menyindir membuatkan Rizal melempar bantal kepada wanita berkenaan.

Suami hilang sabar

Menurut sumber, Rizal juga telah menasihati isterinya agar tidak menimbulkan kekecohan kerana bimbang jika didengari jiran tertangga dan membuatnya malu. Namun, perkara tersebut tidak diendahkan sebaliknya memaki lelaki berkenaan dan menggelarnya sebagai ‘anjing’.

Mangsa maut ditempat kejadian

Disebabkan perkara itu, kesabaran lelaki berkenaan hilang lalu bertindak memukul mangsa menggunakan tombak kelapa sawit berukuran 110cm menyebabkan mangsa berlumurah darah dan meninggal di tempat kejadian.

Susulan itu, suspek ditahan oleh pihak polis bersama-sama dengan barang-barang bukti yang ditemui di lokasi kejadian.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen