Tak kisah dikritik & dipuji patuh SOP, Aliff Syukri segan digelar 'penyanyi no 1' negara

Oleh: Zuzu Yasmine

Setelah lama menyepikan diri, Datuk Seri Aliff Syukri kembali menjadi sebutan netizen, lebih-lebih selepas kembali dengan single lagu raya bertajuk Lala Raya.

Meskipun vokal nyanyiannya menjadi kritikan netizen namun, usahawan tersebut sama sekali tidak ambil kisah malah lagu tersebut juga kini sedang trending nombor satu dalam negara.

Dipuji patuhi SOP

Tidak hanya itu sahaja, seorang pengguna Twitter turut memuji tindakan Aliff Syukri yang dikatakan masih patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) walaupun selalu dikecam netizen.

Malah,dalam ciapan pengguna Twitter dikenali sebagai @luqmxn07 itu juga mengelar Aliff Syukri sebagai penyanyi nombor satu negara ini.

Bangga dengan pujian

Teruja akan pujian yang diterima, Aliff Syukri berkongsi kembali ciapan tersebut dan bangga akan penulisan daripada netizen itu.

Aliff Syukri turut mengatakan bahawa dia sedang belajar memantapkan suaranya agar dapat memasuki Anugerah Juara Lagu pada masa akan datang.

Takut Aliff Syukri nyanyi 24 jam

Bagaimanapun, isteri kepada Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahidah meluahkan rasa kebimbangan akan pujian yang diterima suaminya kerana dia akan mendengar suara lunak usahawan tersebut setiap masa.

Lagu buat ramai terhibur

Sementara itu, Aliff Syukri turut menerima beberapa pujian lain daripada netizen yang mengatakan bahawa lagu Lala Raya sedap didengari walaupun suaranya agak kelaut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen