Yakin timang 'baby girl' lepas 2 kali 'scan' jantina, ibu terkejut yang keluar 'baby boy'

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan suami isteri tentunya akan teruja apabila menerima berita bakal menimang cahaya mata. Lebih-lebih lagi apabila ini anak pertama tentunya perasaan gembira itu lebih lain macam.

Bila bakal timang cahaya mata ni, tentunya jantina anak pula akan menjadi teka teki. Malah, itu yang membuat ramai tak sabar nak tahu agar mudah sediakan persiapan ikut jantina mereka.

Dua kali scan kata perempuan

Tapi lain pula akan kisah ibu muda ini yang dikenali sebagai Dania Hanani apabila sudah lakukan persiapan menyambut anak perempuan namun anak lelaki pula yang keluar.

Menurut wanita berkenaan, dia telah melakukan scan dan pregnancy check up sebanyak dua kali untuk mengetahui akan jantina bayi dalam kandungannya. Bahkan, doktor juga telah megesahkan bahawa dia bakal menimang cahaya mata perempuan.

Teruja beli barang serba pink

Disebabkan itu, dia dan suami begitu teruja dalam melakukan persiapan barang keperluan anaknya dengan bertemakan warna pink sebagai pilihan.

Akan tetapi, tidak disangka apabila ibu muda itu melahirkan seorang bayi lelaki yang comel serta terpaksa menggunakan segala kelengkapan berwarna pink.

Kalau scan girl kena hati-hati

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur akan perkongsian ibu muda tersebut. Malah bukan hanya wanita berkenaan saja pernah alami situasi ini ramai juga ibu-ibu mempunyai pengalaman sama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen