Tergelincir ketika bermain, kanak-kanak 8 tahun hanyut dibawa arus

Tangisan masih menemani seorang ibu apabila anaknya masih tidak dijumpai sehingga jam 12 tengahari tadi selepas dikhabarkan kanak-kanak berusia 8 tahun itu terjatuh ke dalam longkang ketika sedang bermain berhampiran rumahnya di Flat Cempaka di Seremban 2.

Tergelincir ketika bermain

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban iaitu Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Syafiq Mohammad Fadly dikatakan tergelincir ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus deras ketika bermain dengan seorang abangnya berusia sembilan tahun dan seorang lagi kawan berusia 12 tahun.

Ekoran kejadian tersebut, anggota polis dan pasukan bomba terus bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima laporan tersebut pada Sabtu, semalam dan operasi pencarian kini masih diteruskan.

"Seramai 10 anggota polis bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan. Operasi dibantu pasukan bomba dengan kekuatan seramai 14 anggota serta sembilan unit skuba."

"Ketika kejadian, kawasan ini hujan lebat, operasi pencarian masih dilakukan dari lokasi mangsa terjatuh sehingga ke Taman Arowana."

-Polis-

Mangsa masih belum ditemui

Sehubungan itu, berdasarkan penilaian dari pihak bomba katanya laluan air dari lokasi mangsa terjatuh akan terus ke Mambau dan susulan itu operasi pencarian kini masih diteruskan kerana mangsa belum ditemui.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen