Cuba penuhi hasrat isteri mengidam, suami ketawa kuih keria buatan sendiri keras dan melekat

Memang tak dinafikan bahawa ibu mengandung mempunyai keinginan makan atau tindakan yang berbeza dari semasa ke semasa tanpa mengira waktu dan sebagai suami pastinya berusaha ingin memenuhi keinginan isteri mereka.

Menerusi muat naik video di Tiktok oleh Izwndy Mohd menyaksikan gelagatnya yang berusaha untuk memenuhi permintaan si isteri yang mengidam makan kuih keria gula Melaka buatan personaliti masakan terkenal iaitu Khairul Aming.

Bagi yang mahir membuat kuih tersebut pastinya terlihat mudah untuk menghasilkannya tetapi tidak bagi Izwandy apabila kuih keria buatannya yang cantik rupa paras itu ternyata keras dan melekat di pinggan tidak boleh diambil seperti lekat menggunakan gam.

Khairul Aming rumah kau dekat mana?!

Hasil pembikinan kuih kerianya itu bukan sahaja menjadi bahan tawa si isteri bahkan juga Netizen susulan melihat keadaan kuih tersebut yang menurut mereka seperti Replika kerana betul-betul keras namun, usaha tersebut masih menerima pujian.

'Khairul Aming tolong dia!'

'Gaul pakai gam gajah ke?'

'Aku buat pun tak jadi'

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen