"Nanti adik bangun, adik pergi kubur ayah..." - Budak perempuan titip pesan di pusara undang sebak

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila menjelang Hari Raya, ramai yang akan mengambil kesempatan untuk menziarahi kubur ibu bapa atau atuk nenek mereka.

Bagaimanapun, pada tahun ini hajat sebegitu terpaksa dibatalkan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula esok dan menziarahi kubur tidak dibenarkan.

Namun, kanak-kanak perempuan ini sempat mencuri masa untuk menziarahi pusara arwah bapa serra neneknya bagi merawat rindu yang terpendam.

Al Fatihah ayah!

Menerusi video dimuat naik di platform TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai Idazaini_ telah berkongsi momen menyentuh hati itu hingga mendatangkan sebak ramai.

Rakaman video tersebut memaparkan kanak-kanak perempuan yang comel bertudung  berpesanan buat kedua-dua insan yang telah pergi meninggalkan dirinya.

“Tidur awal-awal tau. Nanti adik bangun, adik pergi kubur ayah. Adik sayang nenek. Tidur awal-awal yer, esok adik datang kejut nenek,” katanya.

Malah, kanak-kanak perempuan itu juga mencium batu nisan sebelum menabur bunga di pusara Allahyarham bapa dan neneknya itu.

Tersentuh hati tengok, kuatnya dik

Video berdurasi 29 saat itu meraih lebih 250,000 tontonan dan hampir 800 komen yang memberi pelbagi reaksi terutama sebak apabila melihat kanak-kanak itu tetap tabah walaupun kehilangan dua insan yang disayang pada usia muda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen