Ismail Sabri & Dr Noor Hisham bakal bergabung dalam sidang media 5 petang ini

Oleh: Zuzu Yasmine

Untuk pertama kali, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan mengadakan sidang media bersama pada pukul 5 petang ini.

Dua personaliti ini adalah wajah yang sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia dalam berkongsi perkembangan terkini mengenai situasi pendemik dan keselamatan negara.

Sebelum ini, kedua-dua mereka akan mengadakan sidang media secara berasingan dengan waktu kebiasaan Ismail Sabri iaitu antara pukul 2 hingga 4 petang manakala Dr Noor Hisham pula akan menyampaikan perkembangan keadaan Covid-19 sekitar jam 5 petang.

Difahamkan, sidang media secara bersama oleh dua orang personaliti ini dijangka berikutan peningkatan kes Covid-19 dalam negara sejak Mac lalu sehingga mencatat angka melebihi 4,000 baru-baru ini.

Malah, pada Isnin iaitu semalam negara mencatatkan jangkitan harian sebanyak 3,807 kes, sementara hari Ahad menyaksikan 3,733 kes.

Dalam pada itu, sidang media petang ini juga dijangka bakal menjawab beberapa kekeliruan rakyat mengenai pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pelaksanaan PKP berkenaan dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen