Mesti sedap sampai 'repeat order', pemuda 'nervous' Tun M beli tart nenas air tangan emak

Oleh: Zuzu Yasmine

Persiapan Hari Raya tetap meriah meskipun disambut dalam serba sederhana disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri kecuali Sarawak.

Disaat-saat akhir ini, tentunya akan ada yang masih sibuk memilih baju raya ataupun kuih muih bagi memeriahkan satu Syawal nanti walaupun hanya duduk di rumah sahaja.

Tidak ketinggalan, tokoh kepimpinan Tun Dr Mahathir turut membeli beberapa jenis kuih muih sebagai salah satu santapan pada Hari Raya nanti.

Nervous serah sendiri pada Tun M

Menerusi video dimuat naik oleh seorang pemuda dikenali sebagai @nnforshort telah berkongsi momen dirinya menghantar kuih tart hasil tangan ibunya kepada tokoh terkena itu.

Menurut pemuda berkenaan, tahun ini merupakan tahun kedua Tun M membeli tart nenas darinya.

“Syukur tahun ni Tun Mahathir beli lagi TART NANAS yang mak aku buat,” tulisnya di ruang kapsyen.

Pemuda berkenaan turut meluahkan rasa gementar apabila dia bakal menyerahkan kuih itu sendiri kepada Bekas Perdana Menteri itu.

Peluang berharga

Katanya, ini merupakan peluang yang sangat berharga kerana Tun M sudi memberi sokongan kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sepertinya.

“Bukan senang nak dapat peluang berharga macam ni. Seorang tokoh pemimpin yang dikenali diseluruh dunia sudi memberi sokongan kepada IKS seperti kami,” kongsinya di Instagram.

Mesti sedap sampai repeat order

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terasa ingin mencuba kuih tart nenas hasil tangan ibu pemuda berkenaan memandangkan Tun M repeat order kuih tersebut.

Malah ada juga yang mengatakan bahawa tart tersebut sememangnya sedap kerana pernah cuba sebelum ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen