Auto segak, Viviana Abdullah kongsi foto berbaju Melayu & berjambang pada hari raya

Oleh: Zuzu Yasmine

Platform media sosial pada hari raya pertama tentunya dipenuhi dengan pelbagai jenis gambar berwarna warni dengan baju baru bagi meraikan hari kemenangan itu.

Meskipun tidak dapat pulang ke kampung namun, kemeriahan tetap dirasai apabila masing-masing memuat naik gambar berbaju baru dengan ucapan selamat hari raya. Baik influencer atau selebriti turut melakukan perkara yang sama.

Jadi lelaki sejati di hari raya

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah seorang infleuncer dikenali sebagai Viviana Abdullah telah memuat naik gambar dirinya yang segak berbaju Melayu sehingga mendapat perhatian netizen.

Pasti ramai yang mengetahui status sebenar infleuncer tersebut yang merupakan seorang lelaki dan hanya menjadi ‘wanita berlonceng’ semata-mata atas urusan kerja sahaja.

Hadiah untuk peminat

Dalam posting yang dibuat oleh Viviana, dia memaklumkan bahawa dia melakukan perkara tersebut demi memenuhi permintaan warganet yang mahu melihat foto hari rayanya.

Viviana memaklumkan bahawa pada Syawal pertama dia memakai baju Melayu dan kembali kepada fitrah asal serta berseloroh bahawa foto berkenaan merupakan ‘hadiah’ buat semua sebelum kembali menjadi wanita ‘celup’.

Bagaimanapun, posting tersebut telah dipadam oleh pihaknya namun dia tetap menghargai komen-komen yang diterima daripada pengikutnya.

Jadi lelaki terus auto kacak

Sehubungan itu, rata-rata warganet memberi pelbagai reaksi positif selain turut memuji penampilannya dikatakan begitu macho dengan penampilan tersebut.

Jadi pondan untuk kerja

Handsomenya

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen