Ini baru betul mampu, lelaki selamba kira duit raya depan isteri-isteri sebelum beri

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjelang Hari Raya, tentunya ramai yang mengambil kesempatan untuk saling bermaaf-maafan antara satu sama lain. Selain turut memberi duit raya kepada mereka yang lebih kecil atau muda usianya.

Walaupun tahun ini meraikan Hari Raya serba sederhana disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun pastinya tetap meriah buat segelintir keluarga yang tinggal bersama-sama.

Bagi duit raya pada isteri-isteri

Baru-baru ini tular sebuah video di laman Facebook akan seorang suami yang memberi duit raya kepada empat orang isterinya.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang lelaki sedang asyik mengira duit sebelum diserahkan kepada isteri-isterinya mengikut turutan.

Rakaman video tersebut memaparkan setiap isteri akan datang bersalaman dengan lelaki berkenaan dan menerima duit raya sebanyak RM1,000 dari suaminya.

Malah, dia juga menyuruh isteri-isterinya agar kira duit tersebut di hadapannya untuk mengelakkan duit yang diterima kurang dari jumlah sepatutnya.

Meskipun terlihat serius di wajah lelaki berkenaan namun, kesemua isteri-isterinya terlihat mesra bergurau dengannya.

Baru betul mampu nak beristeri ramai

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata memuji lelaki berkenaan yang dikatakan mampu dari segi kewangan walaupun mempunyai isteri yang ramai.

Bagaimanapun, ada juga yang tidak senang akan perkara yang dilakukan oleh lelaki berkenaan kerana dianggap sebagai riak atau ingin menunjuk-nunjuk.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen