"40 minit bertarung nyawa lahirkan anak sendiri di bilik air..." - Wanita maut disyaki didera suami

Oleh: Zuzu Yasmine

Impian mereka yang berkahwin tentunya ingin hidup bahagia bersama pasangan tercinta serta anak-anaknya. Namun, tidak semua impian itu menjadi satu kenyataan atau cukup sekadar angan-angan sahaja.

Tapi lain pula yang terjadi kepada seorang wanita tabah ini apabila dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga sebelum dirinya pergi buat selama-lamanya selepas mengalami pendarahan dalam kepala.

Kahwin atas dasar cinta

Menerusi perkongsian di laman Facebook, wanita bernama Siti Khodijah itu telah dikejarkan ke wad kecemasan pada 26 hari lalu secara tiba-tiba ketika mengambil upah membuat kuih bagi menyara keluarganya.

Menurut Natipah Abu, wanita berkenaan dan suaminya berkahwin atas dasar cinta sejak lapan tahun lalu namun kehidupan rumah tangga yang bahagia terlalu singkat sebelum suaminya berubah menjadi seorang panas baran dan kaki pukul.

Anak-anak turut jadi mangsa pukul

Lebih parah lagi apabila lelaki berkenaan juga terlibat dalam penyalahgunaan dadah hingga tubuh isteri dan anaknya menjadi mangsa sepak terajang kerana alasan yang kecil.

Difahamkan, setiap kali menjadi mangsa suaminya, anak-anak hanya mampu menangis serta ketakutan lebih-lebih lagi apabila lelaki berkenaan membeli rotan semata-mata untuk merotan anak-anak dan isterinya.

Anak sulung kepada wanita itu juga mengakui bahawa pengalaman tersebut cukup pahit untuk dilupakan apabila mengenangkan dia dan ibunya pernah dibelasah sebab tersalah menggunting rambut ayahnya.

Disebabkan ibunya ingin perbaiki keadaan rambut menjadi punca ditendang sehingga terperosok ke dinding.

Pernah bersalin seorang diri

Lebih sedih lagi apabila wanita tersebut bertahan dalam rumah tangga neraka itu disebabkan dia bimbang anak-anak yang masih kecil serta dirinya tidak berkerja pada ketika itu.

Malah jika berpisah, dia bimbang anak-anaknya tidak dapat makan memandangkan ibunya orang susah serta ayahnya telah meninggal dunia.

Lebih mengejutkan lagi apabila wanita tersebut pernah melahirkan anak seorang diri di dalam bilik air selepas suaminya tidak menjawab telefon serta bergelut selama 40 minit sebelum bantuan dari keluarga tiba.

"Nanti kita semua mati ayah pukul…"

Akhirnya, wanita berkenaan tidak dapat menyembunyikan lagi keadaan sebenar dari keluarga setelah badan dipenuhi lebam dan berbirat dipukul suami. Selain kata-kata anak sulungnya membuat dia nekad untuk ke balai polis buat laporan.

Dikatakan suaminya telah dibebaskan dan telah pulang ke kampung halamannya namun, sejak daripada itu hubungan mereka terputus serta tiada sebarang nafkah diberikan untuk anak-anak serta dirinya.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada 2.50 pagi hari ini dan jenazah akan dibawak ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Assisten Komisioner Adzil Abu Shah telah mengesahkan mengenai kematian mangsa, namun masih lagi menunggu laporan bedah siasat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen