"Intan, saya minta maaf dari hati..." -Lepas 4 tahun, Izreen mohon maaf pada Intan

Selepas empat tahun berlalu, pelakon Izreen Azminda meluahkan rasa syukurnya apabila diberi kesempatan untuk bertemu semula dengan bekas isteri kepada suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude iaitu Intan Liana Saleh pada rakaman program Melodi Raya baru-baru ini.

'Allah makbulkan doa'

Menurut pelakon itu dalam satu kenyataan, dia menganggap doanya selama ini dimakbulkan oleh Allah kerana sudah lama menantikan pekuang untuk bertemu dengan Liana selepas dia berpisah dengan Ude.

"Alhamdulillah, syukur pada Allah. Apabila pihak Melodi bertanyakan perkara ini, saya okey dan tidak ada apa-apa halangan. Bukan sebab ia untuk program, tapi saya memang sudah lama menantikan peluang ini."

"Apabila dia sudi dan bersetuju datang, bagi saya ia satu rahmar. Saya cakap pada diri, doa saya dimakbulkan Allah. Kiranya ini adalah pertemuan pertama kami selepas empat tahun."

"Bagi saya, apa saya nak buat selama ini, Melodi sudah realisasikan untuk saya. Ibaratnya Melodi menjadi orang tengah."

-Izreen Azminda-

Syukur diberi peluang berjumpa

Mengulas lanjut pertemuan pertama mereka, Izreen yang kini sedang hamil anak ketiga menyatakan bahawa dia tidak akan melepaskan peluang itu untuk meminta maaf terhadap Intan.

"Sewaktu dia sampai, saya tegur dulu. Ketika naik pentas untuk memulakan rakaman, saya minta maaf padanya. Kali kedua ketika rakaman berlangsung dan ketiga sebelum pulang. Malah kami sempat bergambar bersama."

-Izreen Azminda-

'Harap semuanya baik-baik'

Menurut pelakon drama Eksperimen Cinta itu, ungkapan maaf itu memang tak dinafikan ia ringkas dan tak mungkin mampu mengubah keadaan seperti sebelum ini namun, dia berharap yang baik-baik sahaja selepas ini kerana permohonan maaf itu dibuat olehnya ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam.

"Harapnya selepas ini baik-baik saja. Sebab saya sudah minta maaf. Walaupun ungkapan maaf itu ringkas, tapi ia ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam. Selebihnya terserah pada dia, samada nak maafkan atau tidak."

-Izreen Azminda-

Untuk makluman, perkahwinan Izreen Azminda dan Ude merupakan perkahwinan kali yang kedua yang mana mereka telah disatukan pada tahun 2017. Perkahwinan mereka pernah menjadi bualan Netizen susulan tindakan Ude yang menceraikan isteri pertamanya iaitu Intan Liana Salleh.

Bagaimanapun isu itu kembali reda seiring dengan perubahan waktu dan masing-masing kembali meneruskan kehidupan meskipun ujian itu pahit ditelan.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen